Friday, 23 September 2016

Jangan hina Ulama terdahulu

Tidak dinafikan bahawa para sahabat ada buat silap. Para ulama ada buat dosa. Kerana mereka bukan maksum. Tetapi dengan kesalahan mereka itu jangan terus hina mereka kerana jasa mereka sangat besar dan hormatilah mereka sebagai ulama.

Terdapat pandangan mereka yang lemah. Contohnya pandangan Abu Hanifah yang mengatakan solat jenazah dan tawaf tidak perlu berwudu' kerana ianya bukan solat tetapi doa. Walaupun pandangan ini lemah tetapi kita tidak boleh terus mengutuknya. Banyak lagi jasa beliau yang lain.

Muhammad Bin Sirin - seorang ulama tabiin -  mengatakan bahawa orang bermukim boleh solat jama' kerana kesibukan masa. Pandangan ini juga lemah tetapi kita tidak boleh memperlekehkan kewibawaan beliau.

Imam Malik pernah ditanya tentang perbezaan pendapat. Beliau menjawab semua cakap manusia boleh diterima dan boleh ditolak kecuali mereka yang ada dalam kubur. Pandanganku mungkin betul dan mungkin salah. Pandangan orang lain mungkin betul dan mungkin juga salah.

Orang sekarang baru belajar sikit terus nak tunjuk pandai dengan memperlekehkan ulama terdahulu.

Mereka berbeza pendapat hanya dalam perkara yang tiada nas dalam al-Quran dan hadis. Oleh itu jangan terus menghina ulama terdahulu. Sepatutnya kita bersyukur dan berterima kasih dengan jasa mereka.



Petikan dari kuliah Dhuha
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Masjid Rusila
23 September 2016


Saturday, 17 September 2016

Dialog RUU 355 di Masjid Rusila

Alhamdulillah hari ni berkesempatan menghadirkan diri ke majlis ilmu bersama Tok Guru. Pencerahan dari Tuan Guru dan ahli panel yang lain tentang isu rang undang-undang akta 355 yang sedang heboh sekarang ini.

Aku sambil mendengar sambil tangkap gambar. Maklumla sekarang ni dah jadi jurukamera semipro



Ni antara ahli panel:






Moderatornya ialah Ustaz Azman Shapawi



Tuan Pengerusi majlis..



Ucapan aluan daripada ustaz... ape nama ustaz ni? lupa plk



Antara soalan yang diajukan oleh hadirin:

1- Kenapa bukan pihak BN yang mengusulkan perkara ni? kenapa dari pembangkang?
Jawapan: Kerana BN adalah parti yang memerintah dan mereka tertakluk kepada Majlis Raja-Raja. Mereka juga tertakluk kepada parti komponen yang lain. PAS tidak tertakluk kepada apa-apa untuk mengusulkannya.

2- Bagaimana prosedur untuk meluluskan pindaan akta ini?
Jawapan: Untuk meluluskan akta ni hanya memerlukan majoriti mudah dari ahli-ahli parlimen yang hadir pada waktu itu. Jika semua ahli parlimen Islam hadir dan menyokong usul ini, Insyaallah ianya akan berjaya.

3- Mengapa hanya dipinda perenggan 2? kenapa tidak dipinda perenggan 1?
Jawapan: Kerana perenggan 2 sahaja yang berkaitan dengan kes jenayah.

4- Adakah pemimpin UMNO yang sokong pindaan akta ini dengan ikhlas atau itu hanya helah politik?
Jawapan: Ikhlas atau tidak itu urusan Allah. Kita tak boleh mencampuri urusan Allah. Jika kita berperang tiba-tiba musuh ajak berdamai, kita kena terima pendamaian itu. Jika mereka tipu, cukuplah Allah sebagai pelindung kita.

banyak lagi soalan lain yang diajukan tapi aku tak ingat. Boleh tengok balik dalam youtube ye..


Ni antara mereka yang bertanyakan soalan...




Cik adik manis ni tanya jika pindaan akta ni diluluskan, camne mereka yang sudah terima hukuman? Ahli panel jawab, mereka yang dah terima hukuman sudah cukup dengan hukuman yang mereka terima. Tak terlibat dengan pindaan ini.



Pakcik ni katanya datang dari Perak. Dia kebetulan lalu di Rusila dan bila dapat tau ada majlis Dialog di sini dia terus singgah.



Soalan dari wakil muslimat







Antara hadirin yang hadir





Wednesday, 14 September 2016

Keluarkan duit KWSP

Aku kalau nak buat karangan mesti fail bab muqaddimah. Sama jugak masa nak tulis blog ni. Tak reti nak muqaddimah berbunga-bunga..

Stret to point je la

Nak share tentang cara pengeluaran pekerja berpencen. Iaitu keluarkan 45% daripada jumlah duit KWSP akaun 1 dan 2.

Syaratnya ialah anda mestilah sudah berkhidmat melebihi 3 tahun dan sudah dapat surat skim taraf pencen.

Antara borang yang perlu diisi ialah:

1- Borang permohonan KWSP 9J (AHL)
Boleh isi di sini: http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/web/kwsp/withdrawal-spp-web-form
pastu print

2- Lampiran A - Notis akuan pelepasan caruman kerajaan
Boleh download di sini: http://www.kwsp.gov.my/portal/documents/10180/177891/LAMPIRAN_A_-_Notis_Pelepasan_Caruman_Kerajaan_PPB__Mei2016__02062016.pdf


Dokumen yang perlu dibawa:

1- Mykad

2- Buku bank. Tapi aku guna Maybank xde buku. Print je statement maybank2u. Asalkan ada nombor akaun bank.

3- Surat lantikan tetap

4- Surat taraf berpencen

Pastu hantar je kat KWSP. Setel.
Dia bagitau duit akan masuk dalam masa 21 hari.

Bila duit dah masuk jangan lupa bayar zakat simpanan...



Sunday, 11 September 2016

Isu Cadangan Pindaan Akta 355 : Satu Pendapat

Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri telah melancarkan sebuah buku khas 'Bayaan Linnaas' untuk menerangkan kepada masyarakat tentang isu pindaan akta 355 yang diusulkan oleh Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Dalam buku ini beliau menerangkan tentang latar belakang berkenaan cadangan pindaan akta 355, keperluan penambahbaikan akta tersebut, serta beberapa kekeliruan masyarakat tentang isu ini.

Dengan akta yang sedia ada sekarang, hukuman maksimum 3 tahun penjara, denda RM5000 dan 6 sebatan sudah tidak releven. Contohnya jika dilihat dari gejala aqidah yang berleluasa seperti individu yang mengaku Imam Mahdi, isu Ayah Pin dan ajaran sesat yang lain, mereka tidak akan serik dengan hukuman yang mereka terima kerana hukuman tersebut dianggap remeh. Itu belum masuk lagi isu lain seperti berzina, minum arak, lelaki menyerupai perempuan dan lain-lain. Sebab itulah perlunya Akta 355 ini dipinda demi keharmonian di negara kita.

Beliau juga menyeru kepada semua ahli parlimen samada Islam atau bukan Islam supaya menyokong pindaan akta tersebut.

Bagi ahli parlimen Islam yang beriman, wajib bagi mereka untuk memartabat perundangan Islam dengan sedaya upaya melalui pemerkasaan mahkamah Syariah.

Bagi ahli parlimen bukan Islam pula, ditegaskan bahawa ini bukanlah jalan belakang untuk melaksanakan hudud. Ianya hanyalah untuk memperkasakan mahkamah syariah sahaja. Beliau memberikan contoh seseorang itu berjiran dengan keluarga Muslim. Jirannya itu begitu tegas terhadap anaknya supaya tidak melanggar etika dan moral di samping amat menghormati jiran-jiran mereka. Tentu kita tak mahu anak-anak jiran kita berperangai buruk kan?

Ni hanyalah sebahagian sahaja dari isi buku ni. Anda boleh dapatkan buku ini di pasaran. Harga yang tertulis di belakang buku ini ialah RM7. Tapi saya beli di Masjid Rusila dengan harga RM5 je.




Monday, 15 August 2016

Projek Pendidikan Seni - Corak dalam lipatan

Projek ni aku ambik dari masa pendidikan seni masa sekolah rendah dulu
kalau tak silap masa darjah 5 (tahun 1999)

Hari ni nak suruh murid aku pulak buat

Lets go..


Sediakan water colour dan kertas lukisan. Jangan lupa lapik meja dengan surat khabar ye. Nanti kotor meja. Kena bleber dengan guru besor




Titikkan pada kertas lukisan. Gunakan pelbagai warna supaya nampak cantik dan warna warni




Lipatkan kertas pada titisan warna tadi




hasilnya...




Ni antara contoh yang dah siap




Sunday, 17 July 2016

Antara puasa wajib dan puasa sunat

Kita baru sahaja selesai menunaikan Puasa pada bulan Ramadhan. Berlalunya bulan yang paling mulia, bulan paling berkat, penghulu segala bulan.

Kita biasa dengar salah satu fadhilat puasa ialah supaya kita dapat merasai bagaimana rasa lapar seperti orang miskin.

Tapi jika anda betul-betul nak merasai apa orang miskin rasa, cuba berpuasa sunat.

Kenapa dengan puasa sunat?

Jika puasa bulan Ramadhan, kita kurang merasai seperti orang miskin kerana disekeliling kita semua orang berpuasa. Kita tak nampak ada orang makan depan kita.

Bila puasa sunat, kita akan berdepan dengan orang yang makan di depan kita. Inilah cabaran puasa yang sebenarnya. Dan puasa sunat ini betul-betul menyebabkan jiwa kita dapat menyelami kesusahan orang miskin.

Orang miskin hanya memerhatikan sahaja orang kaya makan. Sama seperti apabila kita berpuasa sunat, kita akan memerhatikan orang lain makan di hadapan kita (jika orang itu tak tahu kita sedang berpuasa).

Oleh itu sempena bulan Syawal ini marilah kita sama-sama berpuasa enam hari di bulan Syawal. Ganjarannya adalah seolah-olah kita berpuasa selama setahun!

Tuesday, 5 July 2016

5 Golongan manusia

Sebuah kapal telah belayar dan berhenti seketika di sebuah pulau untuk berehat.

Kapten kapal telah memberitahu kepada semua penumpang bahawa kapal ini hanya akan berhenti selama 1 jam sahaja. Selepas itu loceng akan berbunyi dan kapal ini akan terus belayar untuk meneruskan perjalanan.

Penumpang dalam kapal tersebut terbahagi kepada 5 golongan.

Golongan pertama, mereka tidak keluar dari kapal. Mereka hanya tunggu sahaja dalam kapal kerana bimbang tidak sempat untuk menaiki kapal apabila kapal itu bergerak nanti.

Golongan kedua, mereka keluar di sekitar luar kapal sahaja. Mereka tidak berani untuk pergi jauh. Bimbang akan ditinggalkan kapal.

Golongan ketiga, mereka keluar jauh sedikit. Tetapi mereka sentiasa beringat, lima minit sebelum loceng berbunyi, mereka akan segera kembali ke kapal.

Golongan keempat, mereka pergi jauh lagi. Mereka hanya akan kembali ke kapal apabila loceng berbunyi.

Golongan kelima, mereka pergi merayau ke seluruh pulau. Habis seluruh pulau mereka teroka. Mereka tidak mempedulikan bunyi loceng kapal. Mereka berfikir mesti kapten kapal akan tunggu mereka.


Golongan pertama tadi diumpamakan sebagai para Nabi dan Rasul. Mereka langsung tidak mempedulikan hal dunia (luar dari kapal). Mereka hanya mempedulikan akhirat sahaja. Mereka bimbang jika pedulikan hal dunia menyebabkan lupa akhirat. Golongan ini dijamin selamat

Golongan kedua diumpamakan sebagai para ulama dan wali Allah. Mereka melihat juga sedikit hal dunia tetapi mereka lebihkan hal akhirat. Golongan ini juga dijamin selamat

Golongan ketiga diumpamakan sebagai orang-orang yang soleh. Mereka megambil hal dunia dan akhirat dan sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga dan ingatkan mati (sentiasa bersedia dengan bunyi loceng). Golongan ini InsyaAllah selamat

Golongan keempat diumpamakan sebagai orang awam. Bila bunyi loceng baru nak kembali ke kapal. Umpama bila dalam keadaan susah baru nak ingat Allah. Golongan ini ada yang selamat dan ada yang tidak. Bila loceng berbunyi baru nak kejar kapal, ada yang sempat, ada yang tak, ada yang jatuh dalam laut.

Golongan kelima diumpamakan sebagai pelaku maksiat. Mereka mengambil semua hal dunia dan tidak mempedulikan akhirat. Golongan ini tidak mungkin selamat.


So, kita berada dalam golongan yang mana?

Golongan pertama tidak mungkin kerana itu adalah taraf Nabi dan Rasul.

Golongan kedua pun agak sukar.

Sekurang-kurangnya kita menempatkan diri dalam golongan ketiga.

Jangan sampai terjerumus ke golongan keempat apatah lagi golongan kelima.


Petikan dari kuliah Ramadhan
Ustaz Aimi
Masjid Kampung Tajin
30 Ramadhan 1437

Monday, 20 June 2016

Projek mahkota kertas

Hari ni subjek pendidikan seni visual try buat mahkota guna kertas A4

Jadi ke tak jadi kita tengok ni haa...















Tak sesuai guna kertas A4 pasal kecik sangat. Sepatutnya kena guna kertas manila
Baru besar dan keras 

Thursday, 2 June 2016

Apa itu Eyefi

Apa itu eyefi?
eyefi tu apekebende?

Sebenarnya aku pun baru tahu eyefi ni sejak khatam baca buku manual kamera yang baru beli ni.

Eyefi ni adalah sejenis memori kad.
Tu je?

Ye. Memang eyefi adalah sejenis memori kad. Tapi apa kelebihannya berbanding memori kad yang lain?

Kelebihannya, kita boleh upload gambar yang diambil dari kamera terus ke dalam telefon pintar tanpa guna wayar dan tanpa internet. Mudah kan?

Tangkap gambar guna kamera atau DSLR, dan gambar tu automatik diupload dalam telefon pintar anda. Dan korang boleh terus upload dalam Facebook, Instagram dan lain-lain.

Ye, memang telefon korang masing-masing dah ada kamera tapi kalau guna kamera kompak atau DSLR gambar akan lebih cantik kan?


Ni dia makhluk eyefi tersebut



Ada pilihan 8gb, 16gb dan 32gb. Aku ambik yang 8gb je.

Diorang jugak akan berikan keahlian eyefi cloud percuma selama 4 bulan.
Eyefi cloud ni apebende pulak?

Apabila gambar yang kita ambik tu dah diupload dalam telefon pintar, dia akan automatik upload pulak dalam eyefi cloud. So, korang boleh tengok gambar yang korang ambik tadi kat mana-mana device. Just login je.

Senarai kamera yang boleh guna eyefi boleh tengok kat sini http://www.eyefi.com/cameras

Ok.. selamat mengupload


UPDATE

Aku nak update skt pasal ada yang bertanya


sebenarnya, bila kita masukkan eyefi ni ke dalam kamera, dia akan pancarkan wifi khas untuk transfer gambar je.

Sila on wifi phone anda. Pilih eye-fi card. Pastikan kamera pun on.




Mulakan tangkap gambar


Buka phone anda. Dia akan automatik upload dalam phone. Tapi sebelum tu kena install dulu software dia.


setel..

Wednesday, 1 June 2016

Nikon Coolpix P530

Nak share pasal kamera plk..

Sebelum ni main edit gambar photoshop je. Tapi semenjak pergi kursus fotografi ni rasa berminat nak jadi kameramen pulak. Nasib baik tak pergi kursus bolasepak. Nanti tak pasal-pasal Messi dan Ronaldo takleh cari makan.

Try google kamera apa yang sesuai. Asalnya nak beli DSLR. Baru nampak pro. Search punya Search terjumpa la Nikon Coolpix P530. Sebenarnya ini tak masuk kategori DSLR pun. Tapi fungsi dia hampir sama dengan DSLR.



Nah belanja gambir gambar skt..





Specs dia boleh tengok kat sini: http://imaging.nikon.com/lineup/coolpix/p/p530/spec.htm

Paling best kamera ni ialah zoom dia. Walaupun zoom jauh tapi kualiti gambar masih tak berubah.


Ni antara contoh gambar yang diambil menggunakan kamera ni







try zoom plk...

Perhatikan objek dalam bulatan tu


ZOOM...



Bagi mereka yang baru berjinak dalam fotografi boleh cuba kamera ni. Fungsi dia nak hampir sama dengan DSLR. Bagi mereka yang dah pro rasanya tak sesuai kot. Mesti nak cari kamera yang lebih canggih punya. Harga pun nak kena canggih jugak.